Sejak dua menjak ni, sering terpampang di dada akhbar, kejayaan pihak polis menyelesaikan pelbagai kes jenayah dari jenayah di bawah Seksyen 308,395, 397, 375… sehinggalah di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan..
Itu belum ditambah dengan kesalahan yang melibatkan Akta Pengankutan jalan (APJ) yang mana samseng jalan raya yang mencabar kewibawaaan polis trafik?
Umi percaya, tidak ramai daripada kita yang begitu menghargai sumbangan PDRM dalam usaha mengekang kegiatan jenayah walau di mana jua…yang kita duk sibuk, bila berlaku kegiatan jenayah di kawasan kejiranan kita, kita mula melenting menyoal tugasana PDRM, wal hal menjaga keselamatan diri kita adalah di bawah tangggungjawab kita sendiri.
Namun berapa ramai daripada kita yang begitu menghargai jasa-jasa PDRM selam ini, selama hampir 3 tahun menjadi wartawan jenayah (hari-hari mengadap polis2 tak kira berpangkat ke, tak ada cakuk ke hatta kepada Ketua Polis Negara (KPN)), ternyata mengubah persepsi umi terhadap pasukan terbabit….bagi yang berada di bawah trafik, huh, memang umi tabik hormat kat isteri-isteri dia orang (yang dah berkahwin), begitu faham tentang tugas suami yang sememangnya tak kira masa, terutama jika melibatkan ops mlm2 minggu yang akan selesai jam 4 atau 5 pagi…siapa yang sanggup??? Umi rasa kalau bagi kat CEO mana-mana company pun, belum tentu mereka sanggup. Usah CEO, bagi kat-kat suami yang kerjanya 8 jam sehari start 8 pagi pun, belum tentu mereka sanggup mengambil risiko itu…tu belum dikira yang sanggup tengok pili sinki rumah rosak tak berganti (maklumlah, itu semua diambil mudah, apa…CEO lah katakan).
Memang umi tak nafikan, ada sesetengah sang saka biru ini, terpesong daripada orbit tugasannya (rasuah, curi tulang, dsb) tapi jangan hanya itu, semua yang ikhlas bertugas turut menjadi mangsa.
Bagi mereka….biar apa org nak cakap, mereka tetap menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Sanggup bergadai nyawa, sanggup bersengkang mata demi melihat bumi Malaysia ini terus berada dalam keadaan aman dan tenteram.
TABIK SPRINGGGGGGGGGGGGGGGG…(hehehe lama tak tabik spring mass comm)
Leave a Comment
No comments yet.
Comments RSS TrackBack Identifier URI
