
ni lah satu2nyer gbr mek yg berjaya umi candidkan....
Selama hidup tak pernah sambut hari ibu, apatah hari ibu…hari lahir sendiri pun tak pernah sambut dulu, sekarang je bila dah tua ni baru sambut…dan bila dah berusia ni, baru nak telefon ibu nak ucap selamat hari ibu…bagaimanapun, umi mahu mek tahu, meskipun tiada ucapan sebelum ni…mek tetap selamanya dalam hati sehingga jasad ini diusung ke ‘alam sana’ nanti..
Orang sering berkata, apa hadiah yang diberikan kepada ibu sebagai tanda kita menghargainya?mestikah dihadiahi dengan hadiah yang mahal?bagi yang berkemampuan, YA jawabannya tapi seramai mana antara kita tahu apa yang tersirat dalam hati ibu selama ini?senyum yang terukir dibibir belum tentu menggambarkan dia gembira…..lara yang menghuni dalam hati, hanya dia dan Allah yang tahu.
Sepanjang kita hidup, brapa sangat kita tak mnyusahkan ibu, banyak yg menyusahkan tapi bagi ibu, itu semua adalah tanggungjawabnya. hatta, umi sedih, bila saat umi mahu melahirkan kedua-dua anakanda, umi tetap menyusahkan mek.dia menjaga siang dan malam. Ternyata, jasa dan pengorbanannya tidak mampu dinilai dengan wang ringgit.
Justeru, Apa yang umi mahu lakukan kini, tidak sesekali umi akan menyakiti hatinya, dan apa yang umi paling takut andai, air matanya gugur dek kerana tingkah lakuk umi dan suami. Andai pernah selama umi melihat dunia ini, ada air matanya yang tertumpah, mahu saja umi gantikan nya dengan apa jua yang ada di dunia ini.
Kasihmu tiada dua,
Baktimu tidak ternilai
Jasamu sampai ke syurga….
SELAMAT HARI IBU, MEK…HALALKAN AIR SUSU DAN MAKAN MUNIM SELAMA INI….KAMI TERLALU MENYAYANGIMU…
Leave a Comment
No comments yet.
Comments RSS TrackBack Identifier URI
