ilmu pendidikan jiwa perlu dititik beratkan

anak-anak hari ini dibangunkan otaknya untuk kecemerlangan akademik, tapi tidak dibangunkan jiwanya untuk kenal Penciptanya

anak-anak hari ini dibangunkan otaknya untuk kecemerlangan akademik, tapi tidak dibangunkan jiwanya untuk kenal Penciptanya...gbr sekadar hiasan

Golongan remaja hari ini membesar dengan jiwa yang terbentuk daripada aspek material sehingga menghakis sifat-sifat terpuji yang sememangnya bertapak dalam jiwa kerana kejayaan sering diukur  melalui kelulusan akademik.

Pakar Motivasi, Dr. Robiah Hamzah berkata, apabila masyarakat membina prinsip kejayaan hanya melalui lulusan akademik semata sehingga meminggirkan pembangunan jiwa yang begitu penting bagi anak sehingga anak-anak membesar mengikut acuan material bukannya pembentukan dalaman.

”Apabila ada anak yang tidak cemerlang taraf akademiknya, mereka dilihat sebagai pengganggu atau perosak dan apabila ini terjadi, maka tempanglah gambaran sebenar anak-anak itu sehingga terus menutup potensi sebenar mereka.

“Keadaan ini yang menyebabkan mereka hilang perhatian daripada keluarga dan masyarakat sehingga mereka akan melakukan aktiviti tidak kira positif atau negatif yang boleh menarik kembali perhatian masyarakat kepada mereka walaupun ia berbahaya seperti aktiviti merempit yang semakin menular di kalangan remaja kini,” ujarnya ketika dihubungi Sinar harian di sini semalam.

Menurut Dr. Robiah,  golongan ini akan mencari ‘bintang’ sendiri sama ada dihargai atau tidak kerana merasakan diri telah terpinggir sejak kecil apabila taraf akademik menjadi ukuran.

“Mereka akan terus melakukan aktiviti terbabit sehingga mampu menarik lebih ramai ahli sehingga membentuk satu budaya rempit yang semakin ganas seterusnya boleh terlibat dengan kegiatan jenayah seperti rompak, samun, rogol dan bunuh.

“Jiwa mereka kosong bukan kerana tidak dididik sejak kecil tetapi matlamat pendidikan yang diberikan tidak sampai dan mereka keliru dengan arah tuju mereka apabila semakin dewasa sekali gus mereka mengisi kelompangan yang ada dengan aktiviti yang boleh memberi kepuasan kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, pakar motivasi Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Mahyana Mukhtar berkata, pendidikan yang diberikan kepada anak-anak perlu bersepadu antara semua pihak sama ada ibu bapa, keluarga, guru serta masyarakat.

“Ini kerana, pada masa ini, masyarakat hanya banyak menghukum golongan terbabit daripada mengambil satu pendekatan untuk menyelesaikannya secara berhemah dan menggunakan kaedah yang lebih efisien.

“Ramai ibu bapa berasa sudah cukup dengan pendidikan yang diberikan sedangkan banyak lagi lompang-lompang dalam jiwa remaja yang akhirnya mereka isi mengikut acuan mereka bersama kawan-kawan yang banyak mencari keseronokan melalui aktiviti yang songsang,” katanya.

Menurutnya, daripada sekadar ingin mencuba mereka akhirnya menjadikan aktiviti rempit sebagai pencetus kepada aktiviti yang lebih ekstrem seperti penggunaan dadah dan zina sehingga membangun generasi yang semakin rosak.

(semua pihak termasuk ibu bapa, keluarga, guru dan masyarakat perlu memainkan peranan untuk membangunkan jiwa anak-anak kerana semala ini anak-anak kita dibangunkan hanya otaknya, tidak jiwanya untuk mengenal Penciptanya…)

Leave a Comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Tulisan Terbaik

    • None
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.