cuba kita selami jiwa mereka

Dalam mendidik anak-anak (beralih topik sebabnya ada seorang akak ni asyik duk risau prestasi akademik anaknya sehingga dia lalai untuk menyusuri sifat dalaman dan kebolehan lain yang dimiliki anak tersebut). Jangan terlalu mengongkong anak-anak melakukan apa yang kita suka, bukan apa yang mereka minat…kerana nanti akan lahir insan yang penuh dendam, yang paling mengharukan, insan yang tidak tahu memanipulasi kebolehan diri sendiri…akhirnya ibu bapa yang menyesal…(berapa ramai yang tahu mereka sebenarnya silap dalam mendidik anak-anak?) Daripada kecik, anak-anak sebenarnya dah menonjolkan kebolehannya tanpa kita sedari, jangan menilai melalui ketinggian akademik semata kerana bukan semua anak sama perkembangan. Memang akademik menjadi ukuran sekarang, tapi siapa yang menjadi mengukurnya? Kalau bukan kita, habis tu kenapa tidak kita menukarnya menjadikan kekuatan dalaman iaitu keutuhan rohani sebagi penanda arasnya? Umi pasti jika kita boleh melakukan sebaliknya, pasti nanti akan lahir insan yang tinggi nilai-nilai kemanusiaannya, walaupun ketinggian akademiknya tidak setinggi KL Tower. Makan ketika itu, nescaya masyarakat pasti tidak akan gerun dengan perbuatan jenayah yang semakin menjadi-jadi sekarang

Adakah kelulusan akademik mampu mengekang kita untuk tidak menjadi manusia yang melakukan jenayah..cuba kita selak akhbar sekarang, berapa ramai anggota masyarakat yang berpendidikan tinggi ada diploma, ijazah, master, PhD yang hilang nilai-nilai moralnya? Berapa ramai yang menghabiskan sisa-sisa hidup di tangan sendiri akibat hilang arah bila di uji barang sedikit oleh ILLAHI? Berapa ramai pula yang menjadi seorang pekerja yang tidak amanah? Bangga diri? Rasa malu apabila rumah orang lebih besar daripada rumah sendiri?pelik kan? Sebabnya mudah, sedari kecik, kita telah dididik dengan moral kebendaan termasuk menjadikan status kelulusan akademik sebagai penanda aras. Baka kata umi lewat penulisan yang lepas, anak-anak hari ini dididik mindanya, bukan jiwanya untuk menilai zat ALLAH S.W.T. Bila itu yang dipersoalkan, pasti ada yang menjawab, siapa ckp tak diberi didikan agama, dah hantar anak sekolah agama, dah hantar ke kelas mengaji yang dibayar RM60-RM70 sebulan. Memang benar, tapi nilai di sebalik kehadiran anak-anak ke kelas-kelas terbabit adakah dipeduli oleh kita sebagai ibu bapa….JAWAPAN…TIDAK…..bila itu terjadi, jangan kita menagih simpati anak untuk membaca walau seayat al-Quran saat kita tiada di dunia yang fana ini… (kerana mereka akan mengingati kita saat ada, terkadang akan lupai kita di hari-hari sibuknya kelak) DOA anak-anak yang soleh bukan diukur dari taraf pendidikannya, bukan diukur daripada taraf pekerjaannya, bukan jua diukur  daripada betapa terhormatnya dia di mata masyarakat….tapi, daripada seorang anak yang jiwanya penuh rasa cinta pada ILLAHI, penuh dengan bunga-bunga rindu pada RASULULLAH…tidak kira apa jua pekerjaannya hatta seorang tukang sapu (kerana pekerjaan itu yang selalu dipandang enteng sesetengah masyarakat)…mari kita mengingatkan diri sendiri, muhasabah diri agar nanti jiwa kita penuh dengan bunga-bunga cinta kepada ILLAHI dan kekasihnya MUHAMAD S.A.W.

setelah berusia 4 bulan 1/2

bils udis dah 4 bln setgh...apa yang bleh saya buat?hehehe.....dah bleh gelak dah, lambat umi wat susu, maka meraung lah saya seantero dunia

bils udis dah 4 bln setgh...apa yang bleh saya buat?hehehe.....dah bleh gelak dah, lambat umi wat susu, maka meraung lah saya seantero dunia

yeahhh...dah bleh niarap dah..ahak...

yeahhh...dah bleh niarap dah..ahak...gbr ni umi ambik masa saya ngah tunggu along bersiap...kami nak pi PPUM, ada apmnt ngan Dr...

cheese.....umi suka gbr ni...katanye saya nampak cute n macho..

cheese.....umi suka gbr ni...katanye saya nampak cute n macho..

Jenayah semakin menjadi2, uji kecekapan PDRM

Sejak dua menjak ni, sering terpampang di dada akhbar, kejayaan pihak polis menyelesaikan pelbagai kes jenayah dari jenayah di bawah Seksyen 308,395, 397, 375… sehinggalah di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan..

Itu belum ditambah dengan kesalahan yang melibatkan Akta Pengankutan jalan (APJ) yang mana samseng jalan raya yang mencabar kewibawaaan polis trafik?

Umi percaya, tidak ramai daripada kita yang begitu menghargai sumbangan PDRM dalam usaha mengekang kegiatan jenayah walau di mana jua…yang kita duk sibuk, bila berlaku kegiatan jenayah di kawasan kejiranan kita, kita mula melenting menyoal tugasana PDRM, wal hal menjaga keselamatan diri kita adalah di bawah tangggungjawab kita sendiri.

Namun berapa ramai daripada kita yang begitu menghargai jasa-jasa PDRM selam ini, selama hampir 3 tahun menjadi wartawan jenayah (hari-hari mengadap  polis2 tak kira berpangkat ke, tak ada cakuk ke hatta kepada Ketua Polis Negara (KPN)), ternyata mengubah persepsi umi terhadap pasukan terbabit….bagi yang berada di bawah trafik, huh, memang umi tabik hormat kat isteri-isteri dia orang (yang dah berkahwin), begitu faham tentang tugas suami yang sememangnya tak kira masa, terutama jika melibatkan ops mlm2 minggu yang akan selesai jam 4 atau 5 pagi…siapa yang sanggup??? Umi rasa kalau bagi kat CEO mana-mana company pun, belum tentu mereka sanggup. Usah CEO, bagi kat-kat suami yang kerjanya 8 jam sehari start 8 pagi pun, belum tentu mereka sanggup mengambil risiko itu…tu belum dikira yang sanggup tengok pili sinki rumah rosak tak berganti (maklumlah, itu semua diambil mudah, apa…CEO lah katakan).

Memang umi tak nafikan, ada sesetengah sang saka biru ini, terpesong daripada orbit tugasannya (rasuah, curi tulang, dsb) tapi jangan hanya itu, semua yang ikhlas bertugas turut menjadi mangsa.

Bagi mereka….biar apa org nak cakap, mereka tetap menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Sanggup bergadai nyawa, sanggup bersengkang mata demi melihat bumi Malaysia ini terus berada dalam keadaan aman dan tenteram.

TABIK SPRINGGGGGGGGGGGGGGGG…(hehehe lama tak tabik spring mass comm)

baby maman dah niarap

huhh...akhirnya saya berjaya jugak niarap walaupun lewat 10 hari dari along...xpe, bagi change sebab dia along kan!!!hehehe

huhh...akhirnya saya berjaya jugak niarap walaupun lewat 10 hari dari along...xpe, bagi change sebab dia along kan!!!hehehe

Bab ni, memang umi suka tgk perkembangan anak2 umi. kalau along dulu, tanggal 8 April 2007, along dah niarap dikala dia berusia  4 bulan 18 hari….tapi baby maman bleh niarap saat usianya 4 bulan 8 hari (9 April 2009), tertinggal 10 hari je…kalau dulu along meniarap, hanya umi yang teruja.. tapi bila babay maman yang meniarap, along begitu teruja umi tengok….bila adiknya tergolek dot sebab tak imbang badan lagi, dia yang beria2 nak tolong angkat, tapi faham2 je, hati ibu mana tak risau bila tgok situasi tu, mula lah mulut umi riuh melarang….yang pasti itu caranya along nak tunjukkan kasih sayangnya pada babby maman, dan umi bleh nampak melalui riak mukanyer bila baby jatuh tergolek saat nak niarap….

ALHAMDULILLAH, SEMOGA IKATAN KASIH SAYANG DUA HERO UMI NI BERKEKALAN HINGGA HUJUNG NYAWA KAMI SEBAGAI IBU BAPA DAN MEREKA SEBAGAI ADIK BERADIK…..AMIN

selamat hari ibu, mek.

ni lah satu2nyer gbr mek yg berjaya umi candidkan....

ni lah satu2nyer gbr mek yg berjaya umi candidkan....

Selama hidup tak pernah sambut hari ibu, apatah hari ibu…hari lahir sendiri pun tak pernah sambut dulu, sekarang je bila dah tua ni baru sambut…dan bila dah berusia ni, baru nak telefon ibu nak ucap selamat hari ibu…bagaimanapun, umi mahu mek tahu, meskipun tiada ucapan sebelum ni…mek tetap selamanya dalam hati sehingga jasad ini diusung ke ‘alam sana’ nanti..

Orang sering berkata, apa hadiah yang diberikan kepada ibu sebagai tanda kita menghargainya?mestikah dihadiahi dengan hadiah yang mahal?bagi yang berkemampuan, YA jawabannya tapi seramai mana antara kita tahu apa yang tersirat dalam hati ibu selama ini?senyum yang terukir dibibir belum tentu menggambarkan dia gembira…..lara yang menghuni dalam hati, hanya dia dan Allah yang tahu.

Sepanjang kita hidup, brapa sangat kita tak mnyusahkan ibu, banyak yg menyusahkan tapi bagi ibu, itu semua adalah tanggungjawabnya. hatta, umi sedih, bila saat umi mahu melahirkan kedua-dua anakanda, umi tetap menyusahkan mek.dia menjaga siang dan malam. Ternyata, jasa dan pengorbanannya tidak mampu dinilai dengan wang ringgit.

Justeru, Apa yang umi mahu lakukan kini, tidak sesekali umi akan menyakiti hatinya, dan apa yang umi paling takut andai, air matanya gugur dek kerana tingkah lakuk umi dan suami. Andai pernah selama umi melihat dunia ini, ada air matanya yang tertumpah, mahu saja umi gantikan nya dengan apa jua yang ada di dunia ini.

Kasihmu tiada dua,

Baktimu tidak ternilai

Jasamu sampai ke syurga….

SELAMAT HARI IBU, MEK…HALALKAN AIR SUSU DAN MAKAN MUNIM SELAMA INI….KAMI TERLALU MENYAYANGIMU…

selamat hari lahir umi….

umi hari ini

saat usia umi akan mencecah angka 3,tahun depan, hari ini dalam usia 29 tahun, umi rasakan sebahagian daripada hidup umi sudah lengkap, punyai ibu dan ayah (abah dan mek) yang begitu penyayang tanpa rasa penat memberi apa yang diperlukan  (yang tak boleh dilupakan saat abah membawa umi ke Pekan Kg Buloh ngan motor dalam keadaan hujan renyai semata2 nak mengepos borang permohonan kemasukan ke universiti  9 tahun lalu, mek yang memberi perhatian sepenuhnya saat umi berpantang-tak terjangkau dek minda terlalu banyak jasa dan bakti mereka saat aku dilahirkan 29 tahun lalu hingga kini, tak pernah letih untuk memberi), kakak2 yang begitu prihatin (along, angah,alang) yang menjadi idola dan inspirasi umi selama meniti usia daripada usia kanak-kanak hingga dewasa kini.

punyai suami yang begitu penyayang, punyai anak yang sering menjadi penguat semangat umi kala tersungkur, punyai kerjaya (meskipun mek pernah bantah umi menjadi wartawan suatu ketika dahulu, tapi itu dahulu…kini katanya, bangga punyai satu-satu anak yang menulis dalam akhbar-sebab yang lain semua guru).

umi nak kongsi serba sedikit kronologi perjalanan hidup umi selama 29 tahun ini..

usia 1 hingga 6 tahun

*tak brape nak ingat apa yang umi lakukan ketika itu, namun, ketika usia 5 tahun umi dah dihantar sekolah tadika. belajar ABC dan 123 seperti kanak-kanak lain, dan apabila usia 6 umi tetap di sekolah yang sama sehingga umi tak pernah gagal ujiannya sebabnya semua dah umi tahu ketika usia 5 dahulu.hehehehe

usia 7 hingga 12 tahun

semasa darjah 1-umi pernah bergaduh dengan seorang budak lelaki sebabnya beliau ambil meja di sebelah umi (meja tu sebenarnya milik kawan umi nama marina-dia balik awal sebab sedih ditinggalkan bapanya pada hari pertama sekolah.

darjah 2-umi pernah disuruh eja perkataan GAJAH, tapi umi tersilap eja GAJUS (kesnya kawan ajak petik buah gajus lepas sekolah kat umah dia)….hahahaha, dapat cikgu yang bekeng (garang) terus di balingnya pembaris besi ke papan hitam…..nasib masih hidup hingga kini

Darjah 3-umi buat pertama kali dilantik sebagai penolong ketua darjah, entah di mana silapnya, aku pernah dimarahi cikgu Jasmani sebab tumpahkan thinner atas buku rekod kedatangan saat kelas dihadiri nazir sekolah…..tak boleh ingat, tapi skit pun tak nangis…pernah jua bertumbuk ngan seorang budak lelaki (pokdin) kesnya dia kacau aku ketika aku tengah syok main galah panjang depan untuk mok dembak…

darjah 4 -umi dilantik jadi pengawas..hehehe saat ni lah nak tunjuk skill control orang… menjadi pengawas kesayangan cikgu man sehingga dijanjikan akan dilantik sebagai ketua pengawas bila naik darjah 6 tapi takdir menentukan segalanya apabila aku ditukar sekolah semasa pertengahan darjah 5.

****satu yang umi tak bleh lupe, dari darjah 1 hingga 4, umi tak pernah gagal mendapat nombor 1 atau 2 dalam setiap peperiksaan yang dijalankan sehingga menjadi sebutan, pernah ada makcik tu semasa hari anugerah sekolah, berkata kalau ada anak ayah wan maka orang lain takde peluang nak naik ambik hadiah*****

Namun ketika berpindah sekolah, umi down terus dalam exam, menjadi seorang yang pendiam, terasing dan sampai sekarang umi masih tertanya kenapa umi dipindahkan sekolah ketika itu….kerana umi yakin umi mampu menjejakkan kaki ke MRSM dengan result UPSR yang baik jika umi masih di sekolah yang lama kerana umi bercita-cita nak belajar kat situ suatu hari nanti.

Tapi takdir penentu segala, dan umi pasrah sehingga umi belajar di  sekolah menengah dari Form 1 hingga 6

Form 1 hingga form 5, umi mcm remaja yang lain, sibuk jugak ngan buku tapi lebih berminat ngan aktiviti sukan sehingga berjaya mewakili sekolah dalam sukan volleyball (teringat cikgu zawizie-mana dia sekarang??? teringat juga cikgu sejarah kesayangan (cikgu jamilah) dia yang menjadikan umi seorang yang begitu meminati subjek sejarah sehingga kini.

Dan ada satu peristiwa waktu form 5 yang mengubah persepsi umi terhadap profesion guru, saat umi minta bantuan seorang guru tentang sesuatu sehingga dimarahi disebabkan hanya umi belajar di kelas depan (5 Sains tulen), dicop bodoh, lemah hanya semata-mata bertanya soalan math yang tidak difahami…saat itu, umi tidak menghormati profesion seorang guru dan itu sebabnya umi tidak berminat untuk menjadi seorang guru.

Universiti- banyak pengalaman tapi banyak bantuan yang umi peroleh daripada kakak2 umi (btul kata angah, kami yang dibawah (umi, cikya dan deq mi) bertuah kerana tidak perlu mengalami saat kesusahan seperti dia orang demi segulung ijazah…namun, percayalah kalian semua sumber inspirasi terkuat buat umi untuk berjaya seperti kalian.

Kini- setelah bergelar wartawan-umi mahu tulisan umi bukan hanya dapat dibaca, diambil iktibar tetapi sebagai ibadah untuk umi bawa bekalan ke dunia sana kelak…umi yakin dan pasti tugas umi tetap sama seperti seorang guru, Cuma cara kita yang berbeza….pena dan kapur tulis kita tetap sama, hanya berharap ianya boleh dijadikan pedoman semua orang…itu sudah cukup….

Akhirnya…Selamat hari ulang tahun 29 semoga berjumpa di hari 7 Mei 2010 di saat umi berusia 30 tahun….AMIN

ilmu pendidikan jiwa perlu dititik beratkan

anak-anak hari ini dibangunkan otaknya untuk kecemerlangan akademik, tapi tidak dibangunkan jiwanya untuk kenal Penciptanya

anak-anak hari ini dibangunkan otaknya untuk kecemerlangan akademik, tapi tidak dibangunkan jiwanya untuk kenal Penciptanya...gbr sekadar hiasan

Golongan remaja hari ini membesar dengan jiwa yang terbentuk daripada aspek material sehingga menghakis sifat-sifat terpuji yang sememangnya bertapak dalam jiwa kerana kejayaan sering diukur  melalui kelulusan akademik.

Pakar Motivasi, Dr. Robiah Hamzah berkata, apabila masyarakat membina prinsip kejayaan hanya melalui lulusan akademik semata sehingga meminggirkan pembangunan jiwa yang begitu penting bagi anak sehingga anak-anak membesar mengikut acuan material bukannya pembentukan dalaman.

”Apabila ada anak yang tidak cemerlang taraf akademiknya, mereka dilihat sebagai pengganggu atau perosak dan apabila ini terjadi, maka tempanglah gambaran sebenar anak-anak itu sehingga terus menutup potensi sebenar mereka.

“Keadaan ini yang menyebabkan mereka hilang perhatian daripada keluarga dan masyarakat sehingga mereka akan melakukan aktiviti tidak kira positif atau negatif yang boleh menarik kembali perhatian masyarakat kepada mereka walaupun ia berbahaya seperti aktiviti merempit yang semakin menular di kalangan remaja kini,” ujarnya ketika dihubungi Sinar harian di sini semalam.

Menurut Dr. Robiah,  golongan ini akan mencari ‘bintang’ sendiri sama ada dihargai atau tidak kerana merasakan diri telah terpinggir sejak kecil apabila taraf akademik menjadi ukuran.

“Mereka akan terus melakukan aktiviti terbabit sehingga mampu menarik lebih ramai ahli sehingga membentuk satu budaya rempit yang semakin ganas seterusnya boleh terlibat dengan kegiatan jenayah seperti rompak, samun, rogol dan bunuh.

“Jiwa mereka kosong bukan kerana tidak dididik sejak kecil tetapi matlamat pendidikan yang diberikan tidak sampai dan mereka keliru dengan arah tuju mereka apabila semakin dewasa sekali gus mereka mengisi kelompangan yang ada dengan aktiviti yang boleh memberi kepuasan kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, pakar motivasi Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Mahyana Mukhtar berkata, pendidikan yang diberikan kepada anak-anak perlu bersepadu antara semua pihak sama ada ibu bapa, keluarga, guru serta masyarakat.

“Ini kerana, pada masa ini, masyarakat hanya banyak menghukum golongan terbabit daripada mengambil satu pendekatan untuk menyelesaikannya secara berhemah dan menggunakan kaedah yang lebih efisien.

“Ramai ibu bapa berasa sudah cukup dengan pendidikan yang diberikan sedangkan banyak lagi lompang-lompang dalam jiwa remaja yang akhirnya mereka isi mengikut acuan mereka bersama kawan-kawan yang banyak mencari keseronokan melalui aktiviti yang songsang,” katanya.

Menurutnya, daripada sekadar ingin mencuba mereka akhirnya menjadikan aktiviti rempit sebagai pencetus kepada aktiviti yang lebih ekstrem seperti penggunaan dadah dan zina sehingga membangun generasi yang semakin rosak.

(semua pihak termasuk ibu bapa, keluarga, guru dan masyarakat perlu memainkan peranan untuk membangunkan jiwa anak-anak kerana semala ini anak-anak kita dibangunkan hanya otaknya, tidak jiwanya untuk mengenal Penciptanya…)

Pertandingan menembak IPD PJ ngan MEDIA

ACP Arjun memulakan acara...tepat wa ckp lu...

ACP Arjun memulakan acara...tepat wa ckp lu...

masing2 menunjukkan keterroran masing2 tapi yg pasti takdak org bleh lawan umi punyeee...

masing2 menunjukkan keterroran masing2 tapi yg pasti takdak org bleh lawan umi punyeee...

apa lagi bergambar kenangan ngan OCPD lah...cari mana team sinar......hehehehe

apa lagi bergambar kenangan ngan OCPD lah...cari mana team sinar......hehehehe

team crime pelbagai media yang dah mcm adik beradik....

team crime pelbagai media yang dah mcm adik beradik....

bila kami menjengah zoo

akhirnya, bleh tgk zirafah 'live'...asyik tgok dlm citer madagascar je....

akhirnya, bleh tgk zirafah 'live'...asyik tgok dlm citer madagascar je....

hehehe, mula2 saya takut, sekarang tak takut lagi sebab elephant tu tak tahu pun yang badan dia lebih besar dari saya...hehehehe

hehehe, mula2 saya takut, sekarang tak takut lagi sebab elephant tu tak tahu pun yang badan dia lebih besar dari saya...hehehehe

dari riak wajah, umi tahu along takut ngan patung lion kat belakang tu.....

dari riak wajah, umi tahu along takut ngan patung lion kat belakang tu.....

inilah  along..bila dah dahaga, nimum dalam penutup botol pun takpe,janji ilang dahaga....

inilah along..bila dah dahaga, nimum dalam penutup botol pun takpe,janji ilang dahaga....

perh....hensem nyer dua lelaki penting dlm hidup umi ni...hik hik hik (sian baby maman...,xpe nanti kita beli satu utk baby yee)

perh....hensem nyer dua lelaki penting dlm hidup umi ni...hik hik hik (sian baby maman...,xpe nanti kita beli satu utk baby yee)

setelah puas mencari jurufoto, akhirnya terpaksalah kami mengambil photo sendiri.ok lah tu......

setelah puas mencari jurufoto, akhirnya terpaksalah kami mengambil photo sendiri.ok lah tu......

disebabkan kami terlambat, terpaksalah kami masuk melalui gate B....

disebabkan kami terlambat, terpaksalah kami masuk melalui gate B....

queue hari terakhir ESQ 165

ESQ 165 ANGKATAN 29

*ramai yg menanti apa yang berlaku di hari terakhir ESQ 165  umi, kekangan masa yang membuatkan umi terleka seketika untuk masukkan queue hari terakhir ESQ 165*

Sungguh, ada sesuatu yg membuatkan umi terkedu dengan kekuasaan yang maha Esa, ternyata banyak lompongan-lompongan di sudut hati ini tentang kebesaran Illahi.

Mata boleh terpana, minda mampu berputar, jasad kadang kala berada di luar garis orbit yang ditetapkan, namun hati tetap di situ, yg membezakannya hanya lah ketaqwaan kepada Illahi.

namun yang pasti, hayati lagu ini agar kita tidak lagi tersasar dari orbit Illahi

DEMI MATAHARI

DAN SINARNYA DI PAGI HARI

DEMI BULAN APABILA IA MENGIRINGI

DEMI SIANG HARI

BILA MENAMPAKNYA DIRINYA

DEMI MALAM APABILA IA MENUTUPI

DEMI LANGIT BESERTA SELURUH BINAANNYA

DEMI BUMI SERTA YANG ADA DIHAMPARANNYA

DEMI JIWA DAN SELURUH PENYEMPURNAANNYA

ALLAH…. SUBHANALLAH

ALLAH MENGILHAMKAN

SUKMA KEFASIKAN DAN KETAQWAAN

BERUNTUNG BAGI YANG MENSUCIKANNYA

MERUGI BAGI YANG MENGOTORINYA

SUBHANALLAH

*insyaAllah umi akan menghadiri MCB plak nanti*